Monday 4 April 2016

NETWORKING OR NETWORTHING?



Apakah niat kita sebenarnya apabila kita berkawan dengan orang yang berjaya?
Networking? Senang nak minta tolong? Tumpang glamer? Takde niat? Hang takyah bohong la mesti ada niat walaupun niat kerana Allah Taala. Betui dak?

Tapi mentor ceq pesan nak berjaya berkawanlah dengan orang yang berjaya. Nak jadi jutawan kawan dengan jutawan. Salahkah kita nak pilih kawan? Tapi kenapa ada orang cakap kita nak ambik kesempatan atas kejayaan dia? Sebab cara kita tak kena.

Nak tau tips bernetworking?
Mentor ceq cakap sebelum kita menerima kita mesti dulu mulakan memberi. Macam sedeqah lah. Nak kaya kena start bersedeqah.

Sama jugak dalam bernetworking terutamanya dalam networking dalam laman sosial FB. Mulakan dulu dalam memberi tak kira lah memberi dari segi perkongsian ilmu, tolong promote FB dia ka, share post dia ka, review produk dia ka, Like atau komen post dia ka tu semua cara nak start networking dalam laman sosial.

Insya Allah tanpa disangka-sangka rezeki lain yang datang walaupun bukan dari orang yg kita mula memberi tu. Seronok sebenarnya memberi ni cuba hampa buat.

Ceq share sikit tentang sahabat ceq ni Anas Pawan Chik. Dia ni setiap hari pasti ada ilmu atau pengajaran yang dia share. Mungkin bagi dia itu biasa tapi bagi ceq ianya bernilai sebab tak semua orang nak share apa yang dia tahu. Tak semua orang nak tengok orang lain berjaya. Bila dah dapat sahabat alam maya macam ni pegang kemaih-kemaih sebab kita tahu NILAI apa yang kita dapat.

Bernetworking lah dengan ikhlas dan utamakan untuk bantu mereka dahulu bukan minta mereka bantu kita dulu. Networking tu bermaksud berSILATURRAHIM.

2 comments:

Comments system

Disqus Shortname