Showing posts with label STEM. Show all posts
Showing posts with label STEM. Show all posts

Monday, 4 April 2016

WOWW PESTA KEJURUTERAAN DAN SAINS KUALA LUMPUR (KLSEF) !

KLESF  tu apa? MIGHT tu apa kah benda? 

Okey sebelum ceq karang panjang lebaq meh ceq explain sikit apa tu KLESF dan MIGHT.



KLESF ialah Kuala Lumpur Engineering Science Fair di mana diadakan pelbagai program dan aktiviti bermanfaat dan menarik supaya dapat memupuk minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. KLESF ni kerjasama di antara: 

1. ASEAN - Academy of Engineering and Technology (AAET), 
2. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), 
3. Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), dan
4. The Institution of Engineers Malaysia (IEM).

logo

Manakala MIGHT  pula ialah Malaysian Industry Government Group for High Technology. 
Peranan utama MIGHT adalah: -

1. Membangunkan industri berteknologi tinggi untuk Malaysia.
2. Sebagai platform utama untuk membina hubungan atau kerjasama pelbagai pihak.
3. Memupuk industri berteknologi tinggi melalui program intervensi.

Hurmmm ramai masyarakat kita yang tak tau kan benda alah ni. Terutamanya ibubapa! Hehe ceq pun tak tau gak mula-mula. Tapi bila dapat jemputan  oleh MIGHT ke KLESF Mobile Workshop di SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak pada hari Sabtu yang lepas baru lah ceq paham dan terbuka mata habaq hang! Benkel mini ini merupakan kesinambungan daripada inisiatif di bawah KLESF.

Kalau nak tau story tentang MIGHT ke KLESF Mobile Workshop di SMK Seri Perak tu hampa boleh terus klik kat link.
14 Buah sekolah yang terlibat dan 800 orang pelajar yang mengambil bahagian


Okey ni benda yang ceq tak sabaq nak share dengan hampa semua. Apa yang ceq dapat sepanjang ceq kat KLESF Mobile Workshop di SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak. Ya Allah syukur sangat-sangat dapat rezeki join workshop ni sebab macam-macam ilmu ceq dapat. Tapi sayang masa tak cukup ceq and the gang tak sempat nak explore habis.  

Berikut antara ilmu-ilmu baru yang ceq dapat kat sini :

1. Mayonis mengandungi 98% minyak


So lepas ni jagalah pemakanan. Walaupun mayonis sedap dimakan begitu sahaja hampa kenalah beringat kandungan mayonis tidak berkhasiat malah boleh mengundang penyakit.


Sebanyak 100 ml minyak digunakan untuk menghasilkan mayonis
Bahan lain pula ialah 2 biji telur (kuning sahaja),
1 sudu cuka dan gula/garam secukup rasa.

Antara pelajar yang melakukan eksperimen cara menghasilkan 'Mayonis'.
Lihatlah banyak tu je mayonis yang dapat dihasilkan daripada 100ml minyak huhuhu.

2. 3D printer


Pertama kali ceq tengok printer yang canggih giler nih! Mula-mula kita draw kat komputer dalam bentuk yang kita nak pastu terus print. Bukan keluaq gambaq hampa tau dak? Tapi keluaq teruih benda yang kita lukis tadi perghhhh. Tahniah kepada para pelajar Universiti Teknologi Mara yang mencipta 3D printer.


3D Printer 

Inilah hasil 3D Printer.
Ianya mengambil masih  paling cepat 30 minit dan beberapa jam bergantung kepada bentuk yang dihasilkan.

3. Flight simulator

Dengaq nama pun rasa bukan main canggih benda ni kan. Yesss memang benda ni canggih sebab kita boleh belajar bawa kapal terbang tanpa kapal terbang yang sebenar tapi dapat feel macam betul-betul fly fly fly huhuhu. Ceq teringin nak try bawa tapi ramai sangat orang duk beratur tunggu turn. Sebab tu ambik gambaq sekeping ja. Takdak rezeki.

Flight Simulator.
Selalu kita tengok kat kedai game ada untuk kereta atau motor  race je kan.

4. DIY Bubble Solution

Hampa tau dak bubble belon yang kita duk main kat Tasik Titiwangsa tu semangkuk bayar RM5. tau dak modal nak wat  bubble solution tu tak sampai 50 sen pun. Kat bengkel ni ceq dapat belajaq macam mana nak hasilkan bubble yang tak mudah pecah dan banyak.


Bahan yang digunakan ialah cecair  GUM dan juga cecair pencuci GLO dan sedikit air.
Hampa boleh wat sendiri then main sampai puas.

Nampak dak tu bukan main seronok budak-budak sekolah ni main belon hasil bubble solution yang dihasilkan sendiri.

Kreatif & Inovatif
Alat nak main bubble pun depa buat sendiri.

Itu sahaja yang ceq dapat share pengalaman dan ilmu yang ceq dapat sepanjang  KLESF Mobile Workshop di SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak pada hari Sabtu lepas. Bengkel Mini ni memang sangat best dan amat menerujakan.

Tapi hampa semua jangan risau sebab lepas ni ada KLESF 2016 yang bakal berlansung pada 4 hingga 6 November 2016 di MIECC. Memang rugi la kalau ibubapa tak bawa anak-anak mai sini. Ya la hampa nak ajaq tak reti kan macam ceq ni. So baik bawa mai join KLSEF 2016 dapat jugak sesuatu yang bermanfaat untuk anak-anak.

Ramai ibu bapa macam ceq ni tak tahu kewujudan KLSEF yang berlangsung pada setiap tahun. Kat sini bukan anak-anak sahaja yang dapat menambah ilmu tapi ibu bapa pun secara tak langsung dapat bersama-sama anak memahami ilmu STEM ni. 


Please SAVE the date!
Nak tau apa aktiviti yang berlansung kat KLESF 2016 hampa boleh klik link ni untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci. Ceq pulak yang rasa tak sabaq nak pi hehehe. Lepas ni setiap tahun ceq wajib join!

Usaha MIGHT dan beberapa pihak lain dalam menjayakan KLESF Mobile Workshop ini haruslah dipuji kerana dengan bengkel ini para pelajar akan mula timbul rasa minat dan cenderung untuk mengetahui lebih mendalam tentang STEM dengan cara lebih dekat.

Rata-rata pelajar yang hadir memang tak lepaskan peluang explore semua aktiviti yang ada. Syabas diucapkan! Satu usaha yang murni dalam memartabatkan dan mengembangkan ilmu sains dan teknologi melalui KLESF.

Alhamdullilah itu sahaja perkongsian ceq. Semoga hampa semua dapat sesuatu yang bermanfaat dan share lah info ni kepada ibubapa lain tau. Sharing is caring kannnn.

Bersama kakitangan MIGHT yang mesra dan peramah.
Haniza dan Farah ahli geng KBBA9 pun turut serta dalam event ni.

Comments system

Disqus Shortname