Thursday 31 March 2016

FORUM PERDANA

MASIHKAH ADA KESEMPATAN?

Tajuk Forum : Masihkah ada kesempatan?

Malam tadi jam 9.00 malam ada LIVE Forum Perdana di TV 1. Ceq pun hadir. Sempena Hari Polis ke 209 Forum Perdana diadakan di Dewan Banquet, Pulapol, KL. Alhamdullillah ramai yang hadir. Atas stage ni saja jer bergambar ambik aura. 

Ceq nak share pasal Forum ni pun tak boleh sebab ceq tak dengaq sepenuhnya maklumlah ceq bertugas bukan duk dalam dewan sepanjang forum berlangsung. Oleh itu ceq share gambaq jer lah. Hehehe...

Selfie bersama ASP Roma

Wajib selfie

Hurmm nak kena kurus lagi ni

Posing jap!

Kehadiran penonton di dalam Dewan

Sekian perkongsian gambaq dari ceq malam ni. Selamat malam semua. Sebelum tidur maafkan semua orang dan semoga anda dapat tidur dengan tenang. Amiin. Assalammualaikum dan Selamat Malam.



Wednesday 30 March 2016

MAN JADDA WA JADDA

Usaha Tangga Kejayaan


[ AKU NAKKKKKKK JUGAKK!!! ]
Setahap mana keinginan hampa semua untuk berjaya? Kejayaan seseorang bergantung kepada tahap keinginan hampa sendiri. Betui-betui nak atau hangat-hangat tahi ayam ja.
Contohi anak-anak kecil. Kalau depa nak depa nangis tak mau mau nih. Sampai dah dapat baru depa diam. Semangat depa kuat. Kalau nak memanjat depa panjat sampai buleh walau jatuh berkali-kali.
Awat depa tak putus asa? Sebab depa tak tau apa makna gagal. Yang depa tau depa nak gak. Kata pi la apa pun ada depa tak kisah yang penting dia dapat apa yang dia nak.
Habis tu hampa awat dalam berniaga nak putus asa. Cuba wat 'dunno' ja apa makna gagal. Set kan minda apa lagi yang boleh kita usaha untuk berjaya. Cari jalan bukan cari alasan.
"Man Jadda Wa Jadda"

Tuesday 29 March 2016

AKTIVITI BERSAMA IBU DAN ANAK


Cun x?

Jangan terkejut tengok wajah ceq yang putih melepak ni. Biasalah sekali sekala buat rawatan wajah di rumah jimat kos habaq hang.

Tak yah nak susah-susah drive dalam jem dan cari parking. Kan jimat masa, tenaga dan wang ringgit.

Inilah bedak sejuk zaman moden hehe. Ceq pakai mask serum vitamin C. Best pakai ni muka rasa fresh dan kulit muka rasa lebih tegang gitew.

Eh ceq bukan nak promote mask ni. Ceq nak bagi tau selain jimat masa, tenaga dan wang ringgit kita pun dapat luangkan masa dengan yang tersayang bila buat treatment muka di rumah. 


Mula-mula suruh mummy yang sapu
 
Si Bambam ni pun sibuk nak pakai mask sendiri


Sekali-sekala apa kata hampa cuba. Seronok tengok anak kita happy kan? Jadikan masa hampa berkualiti apabila bersama anak-anak. Tips nya lakukan aktiviti bersama. Bukan anak main sorang-sorang kita sibuk layan whatsapp. Ahaks ceq pun ada gak macam tu tapi sekarang ni dan kurangkan hidup di alam maya.

So, anak kita nanti ada sesuatu untuk dikenang apabila dia dah semakin membesar. Selalulah libatkan anak-anak dalam segala aktiviti di dalam rumah. Nanti ceq share lagi aktiviti apa selalu ceq buat dengan anak-anak.

Peace Yo!
Inilah hasilnya. tapi masa ni mask belum kering lagi. Bila dah kering baru nampak macam hantu bedak sejuk. Jom share aktiviti apa hampa selalu buat bersama anak-anak hampa? At least kita saling bertukar idea kan?



Monday 28 March 2016

KHAS UNTUK WANITA BERHIJAB

HERBAL ESSENCES - HELLO HYDRATION
mengandungi pati santan yang amat berkhasiat untuk kesihatan rambut

Sejak ceq berhijab pada tahun 2014 hingga sekarang memang ceq selalu bermasalah gatal kulit kepala, keguguran rambut dan rambut jadi kering. Iyalah mana tak kering 2 hari sekali je basah rambut sebab bila bertudung tak selesa kalau rambut basah. Rambut pun jadi jarang sampai nampak kulit kepala kat sesetengah bahagian kepala tu.

So setiap kali mandi memang rambut ceq syampu. Tapi makin banyak lak rambut gugur. Makin hari makin nipis. Orang kata bila lepas bersalin memang rambut gugur. Ni baby dah nak dekat umur 3 tahun rambut duk gugur gak.

Kalau dulu masa anak dara ceq selalu beli santan dan perap rambut dalam tuala 2 hingga 3 jam. memang rambut ceq kategori rambut yang lebat, hitam bersinar, mudah diurus dan langsung takdak masalah kulit kepala.

Sekarang ni takdak masa dah nak pi beli santan untuk perap rambut. Semua tu ceq rasa renyah la ni sebab dah banyak komitmen dan perkara lain nak buat. Lepas tu selalu gak pi treatment rambut semasa free hair. Tapi lepas bertudung dak tak buat treatment rambut.

SHAMPOO & CONDITIONER

Alhamdullillah hari tu masa kat shopping mall duk belek-belek beli nak beli syampu terpandang syampu HERBAL ESSENCES ni ada tulis kandungan syampu ni antaranya adalah coconut milk. Terus ceq capai syampu dan conditioner tak pikiaq panjang dah sebab ceq tau khasiat santan memang baguih untuk rambut.

Apalagi malam tu dekat 1 jam dalam bilik air duk bersyampu sakan dengan HERBAL ESSENCES HELLO HYDRATION. Tapi takdak la hari -hari syampu habaq hang. 2 hari sekali je syampu. Alhamdullillah dah pakai seminggu. Rambut ceq tak gugur dah. Tiada lagi gatal-gatal di kulit kepala. Yang best rambut ni rasa makin lebat dan tak nampak dah kulit kepala.

Lega rasa kan? Siapa yang dah cuba mesti setuju dengan ceq tentang syampu ni. memang terbaik dan amat disyorkan untuk wanita yang berhijab. Ceq tau lah dah berpuluh syampu ceq guna dan cuba satu pun tak berkesan. Last-last HERBAL ESSENCE jugak pilihan yang tepat.

Rambut sihat walau berhijab

Maka dengan itu kalau hampa pun ada masalah macam ceq ni hampa pi la try beli sebotol syampu ni dan cuba. Belum cuba belum tau. Ceq share keberkesanan syampu ni supaya dapat membantu para wanita yang bertudung supaya kita sihat luar dan dalam walau berhijab. SELAMAT MENCUBA!

Its All About Value.



Saturday 26 March 2016

3 PENGAJARAN

Sewaktu photoshoot di studio
Kelmarin sehari suntuk habiskan masa dengan si bambam. Dari pagi hingga lah lewat malam baru balik rumah. Apa yang ceq nak share ialah tentang SIKAP. Kelmarin masa photo shoot SWAROVSKI HIJAB ceq bawa si bambam ni sekali. Dia pun sibuk lah nak pakai tudung gak. Kita posing dia pun nak posing gak.

Masa ceq tengah betulkan tudung si bambam ni tiru sebijik sebijik apa yang ceq buat. Ceq betulkan kain tudung depan dia pun betulkan gak tudung dia. Ceq duk muncungkan mulut dia pun muncung gak. Adehh sampai nk shoot pun payah dia nak ikut sekali. So daripada kejadian semalam ada 3 perkara ceq belajaq iaitu:

1. Sebagai seorang ibu tunjukkan teladan yang baik kerana kita menjadi idola dan ikutan anak.
2. Bila belajar (melihat) terus buat dan tiru. Macam tu jugak bila nak berjaya.
3. Lain kali photoshoot jangan bawa anak melainkan ada orang tolong jaga.

Its All About Value



Friday 25 March 2016

NIKMAT AIRCOND




Tadi secara tak sengaja terdengar seseorang merungut "Kan best kalau tidur dalam bilik ber aircond. Nikmatnya" .. ceq tersentap kejap dan dalam masa yang sama rasa kesian kat dia tidur dalam kepanasan.
Ya Allah aku terlupa bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan. Setiap malam tidur lena dalam kedinginan penghawa dingin tapi belum pernah sekali aku bersyukur dengan nikmat itu.
Mungkin bagi sesetengah orang yang sudah biasa tidur dalam bilik ber aircond baginya tiada apa yang istimewa. Tapi bagi orang lain yang belum pernah merasa kerana tidak mampu bagi mereka itu satu nikmat. Tapi kita selalu lupa nikmat itu. Tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.
"Sesungguhnya Allah akan menambah nikmat bagi orang-orang yang bersyukur".

Its All About Value
-SHIQEEN SATTAR-

Thursday 24 March 2016

SELAMAT HARI POLIS KE 209

I LOVE PDRM


SELAMAT HARI POLIS KE 209 kepada seluruh warga PDRM dengan tema POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA. Semoga kita dapat memartabatkan lagi nama PDRM di mata dunia.

Tanggungjawab yang digalas oleh warga PDRM bukanlah mudah kerana nyawa sebagai ganti andai tewas pertahankan diri. Nama PDRM yang dibawa memberi satu semangat yang berapi di dalam diri walau diri bukanlah seorang yang gagah dan hebat dalam seni mempertahankan diri.

Hanya semangat yang subur di jiwa memberi kekebalan, pantang berundur sebelum terlaksana. Namun kita masih disalah erti. Walau diragui atau dicaci hina, semangat tetap utuh mempertahankan maruah kita. Sikit pun tidak goyah dengan adanya jati diri yang tersemat kemas di sanubari.

Setiap cabaran itu dugaan dari Illahi untuk kita perbaiki dan pelajari. Semoga PDRM dan masyarakat bersatu hati bercantum jiwa demi negara yang dicintai.

#ShiqeenSattar   



 #PDRM    #KBBA9    #SelamatHariPolis209

MULUT OH MULUT!

Tudiaaaaa merahnya mulut!
*Shiqeen Sattar memakai SWAROVSKI HIJAB Limited Edition


Meh ceq nak share sikit. Hampa pernah dengaq dak lagu ni?
"Ada mata pandang, ada telinga dengar ada mulut diam..."

Masa kecik-kecik dulu dengaq lagu ni ceq kata, 
"Laa dah ada mulut cakap la bukan kita bisu.."

Itu dulu la masa tak paham apa maksud tersirat. Sekarang ni ceq dah paham. Hampa paham  dak?
Kenapa Allah jadikan manusia 2 mata, 2 telinga,  2 tangan, 2 kaki? Tapi mulut 1 ja?
Maknanya DIA suruh telinga banyakkan mendengar, mata lebih memerhati, tangan selalu memberi dan kaki rajin-rajin la pi masjid untuk kaum lelaki.

Semua tu sumber ilmu kan? Kalau banyak guna mulut dapat banyak ilmu tak? Silap cakap mengundang dosa pulak habaq hang.

Antara hadis mengenai kelebihan diam diriwayatkan oleh Abu Nuaim di dalam Hilyat al-Auliya:

وَمَنْ كَثُرَ كَلَامُهُ كَثُرُ سَقَطُهُ، وَمَنْ كَثُرَ سَقَطُهُ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ، وَمَنْ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ

“Dan siapa yang banyak perkataannya nescaya banyaklah silapnya. Siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah salah (dosanya). Siapa yang banyak berlaku salah, neraka lebih utama baginya.” 

Ini pun peringatan untuk ceq yang banyak cakap nih. Pasti ada sebab kenapa kita kena banyak mendengar dan melihat betui dak? 
Sebab bila bercakap kita akan bercakap perkara yang kita tau ja. Tapi kalau kita lebih mendengar atau melihat kita akan dapat sesuatu ilmu yang kita tak tau. 

Contohnya bila hampa pi seminar atau majlis ilmu. Hampa duk dengaq dan tengok penceramah bercakap. Hampa diam ja sebab duk fokus kan? So dapat dak ilmu tu?
Atau pun cikgu dalam kelas duk mengajaq kita duk sembang dengan kawan. Rasa-rasa paham ka cikgu ajaq apa?

Lagu tu la ibaratnya. Tapi kita selalu tak sedaq kan. Semoga lepas ni kita lebih banyak mendengar dan melihat. Amiin.

Sila SHARE jika bermanfaat.

Its All About Value.

#ShiqeenSattar       
#KBBA9


Wednesday 23 March 2016

PANDUAN SOLAT GERHANA BULAN/ MATAHARI

Gerhana Matahari Vs Gerhana Bulan



HUKUM SOLAT GERHANA

Sunat Muakkad 

CARA-CARA SOLAT

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya:
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.

Tempat Solat:
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA

1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
3.Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
ن ي ت ع ك ر س م الش ف و س ك ةن س ى&ل صا
ى ال ع ت له ا ل وم م مأ
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
2
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).

INGATAN :

1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( .(جهر

Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.



Monday 21 March 2016

BELAJAR BERSYUKUR

Sudahkah kita bersyukur hari ini?

Mengapa kita perlu bersyukur setiap hari?

Apa yang perlu kita syukurkan?

Ha silalah jawab habaq hang.


Kita mesti bersyukur setiap hari kerana Allah Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan. Apabila bangun sahaja tidur bersyukurlah kita dapat membuka mata dan dapat melihat dunia. Ada yang bangun dan buka mata tapi tidak dapat melihat apa-apa. Ada yang bangun dari tidur tidak dapat bergerak. Ada juga yang tidak bangun-bangun dari tidur. Alhamdullilah syukur kita masih diberi nafas.

Apa lagi yang perlu kita syukurkan? Sekarang isu semasa nya ialah kepanasan di tahap melampau. Mestikah kita syukuri? Ya kita mesti bersyukur kerana apa yang berlaku adalah dengan IzinNya dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti ada rezeki seseorang apabila cuaca begini. Mungkin rezeki si penjual air membantu orang hilangkan haus. Mungkin rezeki orang yang menjual kipas atau penghawa dingin membantu orang mengurangkan kepanasan. Mungkin rezeki orang yang menjual kacamata hitam membantu orang melindungi mata dari silau sinaran mentari.

Tapi hari ini hujan lebat di kawasan Kuala Lumpur. Tiada lagi rungutan cuaca panas tetapi, masih ada yang merungut.
"Hujan lebat habis basah baju"..
"Alaa hujan pulak jem teruk ni mesti lewat ke tempat kerja"..
"Hujan ni semakin lebat pulak naik air nanti teruk lah kawasan rumah aku"...

Nauzubillah. Kita masih belum bersyukur dapat merasa nikmat hujan. Malah kita sedia maklum sewaktu hujan lebat waktu mustajab untuk berdoa. Tuhan beri kita rezeki untuk berdoa namun kita masih merungut tanpa mengucapkan syukur. Nikmat apa lagi yang kita cuba dustakan. Hujan itu rahmat, panas juga rahmat. Semua yang berlaku atas kehendaknya. Belajarlah mensyukuri sesuatu perkara. Sesungguhnya orang yang tahu bersyukur pasti Allah beri lebih nikmat untuknya.

Its All About Value.

- SHIQEEN SATTAR -

MOHON SUMBANGAN UNTUK ANAK YATIM

Anak-anak yatim yang menyertai pertandingan futsal.

38 orang anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Ash-Shakur (PEKEAS) iaitu rumah kebajikan anak-anak yatim, muallaf terbiar dan miskin serta orang-orang tua Rawang memerlukan sumbangan bagi:

1. Jersi bagi 2 pasukan (lelaki & perempuan)
2. Kasut Futsal

Sumbangan ini diperlukan bagi Perlawanan Futsal Piala Kindness Cup pada 3 April 2016. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan dalam hidup mereka. 
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus bersama wakil Kindness pengurus pasukan bagi rumah tersebut iaitu Puan Anis 017-6404826. 

fb: kindness malaysia
ig : @kindnessmalaysia 

SEDIA BERKHIDMAT


Masa kecik dulu rajin sangat tengok cerita CSI. Pasal tu bercita-cita nak jadi polis. Alhamdullillah Allah Maha Pemurah. DIA bagi gak cek jadi polis. Sebelum ceq jadi polis dulu ceq ni model habaq hang. Pernahlah masuk pertandingan Ratu ni. Mujur la ceq tak dan nak popular jadi model. DIA tarik balik ceq kembali ke pangkal jalan.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ceq. Belajaq ijazah perakaunan, sampai la ceq jadi Ahli Akauntan Malaysia yang bertauliah tetap rezeki ceq kat PDRM gak. Nak jadi cerita jumpa jodoh pun dalam PDRM gak. So, polis kahwin polis la hahahaha.

Sampai sekarang masih lagi polis walau jadi blogger hik hik hik. So nanti ceq share serba sedikit info tentang keselamatan untuk hampa semua naa. Sekurang-kurangnya hampa lebih prihatin dan berhati-hati di kemudian hari ok.

Its All About Value.

SHIQEEN SATTAR -

Sunday 20 March 2016

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Semalam secara rasminya menjadi ahli #KelabBloggerBenAshaari. Alhamdullillah dipermudahkan urusan. Apa yang ceq tak sangka ialah ceq jadi blogger habaq hang. Macam lawak pulak. Tapi itulah hakikatnya.

Untungnya ceq ni dapat kenal ramai blogger dalam masa yang amat singkat. Bukan senang blogger baru macam ceq nak kawan dengan blogger-blogger otai ni.

Buli? Mana leh kena buli depa lum kenai ceq sapa. Maaf naa kalau terbaca. Silap-silap ceq buli depa balik habaq hang. Walaubagaimanapun depa semua memang sempoi habaq hang.

Its all about value.

- SHIQEEN SATTAR -

I AM BLOGGER TOO!

Salam Blogger.

Chewahh. Salam pun dah lain macam baru 1 minit jadi blogger. Jadi blogger dan ramai follower adalah salah satu impian ceq jugak habaq hang. Ni impian masa remaja dulu la. Tapi masa tu tak mampu nak ada gajet dan tak mampu nak pi cyber cafe berinternet.

Nak jadi cerita hari ni ada member suh buka blog katanya senang ja. Ceq pun try la buka memang senang tapi ceq tak paham langsung fungsi blog ni. Ceq rasa macam cakap sorang-sorang dalam blog ni habaq hang. Tak sama macam FB ada orang respon dengan LIKE. Kalau blog follower respon lagu mana ek? Kalau ada yang tau tolong habaq mai sat na.

Okey mulai saat ini ceq cuba la ber BLOG pulak. Ceq bajet dengan blog ni dapat beri manfaat kat ramai orang nanti. So 1st target 100,000 orang akan bermanfaat boleh ka? Terutamanya untuk kaum wanita yang hebat-hebat ni.

Okey sekarang dah jam 9.35 malam. Nak undur diri dulu nak lena awai esok ceq kerja. Nanti ceq bagi tau na ceq kerja apa.

Its All About Value.


-SHIQEEN SATTAR-


Nak kena tambah blog pulak pas ni!


Comments system

Disqus Shortname