Tuesday 29 March 2016

AKTIVITI BERSAMA IBU DAN ANAK


Cun x?

Jangan terkejut tengok wajah ceq yang putih melepak ni. Biasalah sekali sekala buat rawatan wajah di rumah jimat kos habaq hang.

Tak yah nak susah-susah drive dalam jem dan cari parking. Kan jimat masa, tenaga dan wang ringgit.

Inilah bedak sejuk zaman moden hehe. Ceq pakai mask serum vitamin C. Best pakai ni muka rasa fresh dan kulit muka rasa lebih tegang gitew.

Eh ceq bukan nak promote mask ni. Ceq nak bagi tau selain jimat masa, tenaga dan wang ringgit kita pun dapat luangkan masa dengan yang tersayang bila buat treatment muka di rumah. 


Mula-mula suruh mummy yang sapu
 
Si Bambam ni pun sibuk nak pakai mask sendiri


Sekali-sekala apa kata hampa cuba. Seronok tengok anak kita happy kan? Jadikan masa hampa berkualiti apabila bersama anak-anak. Tips nya lakukan aktiviti bersama. Bukan anak main sorang-sorang kita sibuk layan whatsapp. Ahaks ceq pun ada gak macam tu tapi sekarang ni dan kurangkan hidup di alam maya.

So, anak kita nanti ada sesuatu untuk dikenang apabila dia dah semakin membesar. Selalulah libatkan anak-anak dalam segala aktiviti di dalam rumah. Nanti ceq share lagi aktiviti apa selalu ceq buat dengan anak-anak.

Peace Yo!
Inilah hasilnya. tapi masa ni mask belum kering lagi. Bila dah kering baru nampak macam hantu bedak sejuk. Jom share aktiviti apa hampa selalu buat bersama anak-anak hampa? At least kita saling bertukar idea kan?



2 comments:

  1. Haha. Sweetnyaa. Nanti dah besar dia pula yang buatkan facial untuk akak. Macam saya, sekarang rajin betul nak buat facial kat mak. Urut urut manja manja camtu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertuah mak ada anak macam Aziah. Aktiviti yang sangat bagus untuk menyemai kasih sayang.

      Delete

Comments system

Disqus Shortname