Friday 1 April 2016

PASUKAN AMAL GSL (PAG)

Pelik tetapi benar. Inilah yang berlaku. Hanya bersilaturahim di laman sosial FB kini kami telah menubuhkan Pasukan Amal GSL (Group Support Like). Sukarelawan semuanya terdiri daripada ahli GSL yang diasaskan oleh Khairul Zahrin Abd Karim.
Tujuan kami menubuhkan Pasukan Amal ini supaya dapat memberi kesedaran serta memupuk masyarakat prihatin terutamanya di kalangan pengguna media sosial. Media sosial merupakan platform terbaik untuk mencapai objektif kami.
Semoga kita semua saling bekerjasama untuk mencapai misi yang satu iaitu menambah nilai hidup dan memberi manfaat untuk orang lain.

PAG UPDATES:
Alhamdullillah hari ini pihak PASUKAN AMAL GSL menerima sumbangan sebanyak 500 biji Moist Chocolate Orange Cake daripada foundernya iaitu Puan Intan Nadzli. (sila lihat gambar)


Puan Intan Nadzli founder MCOC dan Tuan Munir sukarelawan PAG

500 biji Moist Chocolate Orange Cake yang akan diedarkan kepada 500 orang anak-anak yatim

Sumbangan ini akan diserahkan kepada wakil ‪#‎kindnessmalaysia‬ untuk diedarkan kepada 500 orang kanak-kanak yatim sempena Perlawanan Futsal Piala Kindness Cup yang bakal berlangsung pada 3hb April 2016.
Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik Puan Intan yang bermurah hati untuk memberi sumbangan. Semoga Puan Intan dilimpahi rezeki dan perniagaan beliau terus maju. AMIIN YA ROBB.
Terima kasih juga kepada wakil sukarelawan PAG iaitu Tuan Munir Ismail yang menyumbang keringat dan tenaga.


Di hadapan Kedai Food Stamps Sdn Bhd milik Puan Intan Nadzli

Nota:
FB Page, IG dan blog PAG masih dikemaskini. Sebarang sumbangan boleh hubungi Bendahari PAG Puan Azlinda Lyienda Shuhana Sallih dan Sha Rareha

Sekian. Terima Kasih.



No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname