Monday 28 March 2016

KHAS UNTUK WANITA BERHIJAB

HERBAL ESSENCES - HELLO HYDRATION
mengandungi pati santan yang amat berkhasiat untuk kesihatan rambut

Sejak ceq berhijab pada tahun 2014 hingga sekarang memang ceq selalu bermasalah gatal kulit kepala, keguguran rambut dan rambut jadi kering. Iyalah mana tak kering 2 hari sekali je basah rambut sebab bila bertudung tak selesa kalau rambut basah. Rambut pun jadi jarang sampai nampak kulit kepala kat sesetengah bahagian kepala tu.

So setiap kali mandi memang rambut ceq syampu. Tapi makin banyak lak rambut gugur. Makin hari makin nipis. Orang kata bila lepas bersalin memang rambut gugur. Ni baby dah nak dekat umur 3 tahun rambut duk gugur gak.

Kalau dulu masa anak dara ceq selalu beli santan dan perap rambut dalam tuala 2 hingga 3 jam. memang rambut ceq kategori rambut yang lebat, hitam bersinar, mudah diurus dan langsung takdak masalah kulit kepala.

Sekarang ni takdak masa dah nak pi beli santan untuk perap rambut. Semua tu ceq rasa renyah la ni sebab dah banyak komitmen dan perkara lain nak buat. Lepas tu selalu gak pi treatment rambut semasa free hair. Tapi lepas bertudung dak tak buat treatment rambut.

SHAMPOO & CONDITIONER

Alhamdullillah hari tu masa kat shopping mall duk belek-belek beli nak beli syampu terpandang syampu HERBAL ESSENCES ni ada tulis kandungan syampu ni antaranya adalah coconut milk. Terus ceq capai syampu dan conditioner tak pikiaq panjang dah sebab ceq tau khasiat santan memang baguih untuk rambut.

Apalagi malam tu dekat 1 jam dalam bilik air duk bersyampu sakan dengan HERBAL ESSENCES HELLO HYDRATION. Tapi takdak la hari -hari syampu habaq hang. 2 hari sekali je syampu. Alhamdullillah dah pakai seminggu. Rambut ceq tak gugur dah. Tiada lagi gatal-gatal di kulit kepala. Yang best rambut ni rasa makin lebat dan tak nampak dah kulit kepala.

Lega rasa kan? Siapa yang dah cuba mesti setuju dengan ceq tentang syampu ni. memang terbaik dan amat disyorkan untuk wanita yang berhijab. Ceq tau lah dah berpuluh syampu ceq guna dan cuba satu pun tak berkesan. Last-last HERBAL ESSENCE jugak pilihan yang tepat.

Rambut sihat walau berhijab

Maka dengan itu kalau hampa pun ada masalah macam ceq ni hampa pi la try beli sebotol syampu ni dan cuba. Belum cuba belum tau. Ceq share keberkesanan syampu ni supaya dapat membantu para wanita yang bertudung supaya kita sihat luar dan dalam walau berhijab. SELAMAT MENCUBA!

Its All About Value.



16 comments:

  1. nak try lah!rambut gugur jugak;(

    ReplyDelete
  2. Rambut memang ada gugur sikit pas bersalin. Sekarang kalau ikat rambut, tak akan kuat ketat-ketat. Kurang dah gugur nya.. Nanti nak try laà shampoo herbal essence gak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah khasiat santan mmg bagus utk rambut

      Delete
  3. Rambut memang ada gugur sikit pas bersalin. Sekarang kalau ikat rambut, tak akan kuat ketat-ketat. Kurang dah gugur nya.. Nanti nak try laà shampoo herbal essence gak!

    ReplyDelete
  4. Rambut Kak Sue pun banyak gugur,boleh lah cuba syampoo nie pulak no..

    ReplyDelete
  5. Rambut Kak Sue pun banyak gugur,boleh lah cuba syampoo nie pulak no..

    ReplyDelete
  6. nak try lah!rambut gugur jugak;(

    ReplyDelete
  7. Shampoo nie memang terbaik!
    wangi, harum.

    ReplyDelete

Comments system

Disqus Shortname