Thursday 24 March 2016

SELAMAT HARI POLIS KE 209

I LOVE PDRM


SELAMAT HARI POLIS KE 209 kepada seluruh warga PDRM dengan tema POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA. Semoga kita dapat memartabatkan lagi nama PDRM di mata dunia.

Tanggungjawab yang digalas oleh warga PDRM bukanlah mudah kerana nyawa sebagai ganti andai tewas pertahankan diri. Nama PDRM yang dibawa memberi satu semangat yang berapi di dalam diri walau diri bukanlah seorang yang gagah dan hebat dalam seni mempertahankan diri.

Hanya semangat yang subur di jiwa memberi kekebalan, pantang berundur sebelum terlaksana. Namun kita masih disalah erti. Walau diragui atau dicaci hina, semangat tetap utuh mempertahankan maruah kita. Sikit pun tidak goyah dengan adanya jati diri yang tersemat kemas di sanubari.

Setiap cabaran itu dugaan dari Illahi untuk kita perbaiki dan pelajari. Semoga PDRM dan masyarakat bersatu hati bercantum jiwa demi negara yang dicintai.

#ShiqeenSattar   



 #PDRM    #KBBA9    #SelamatHariPolis209

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname