Monday 21 March 2016

BELAJAR BERSYUKUR

Sudahkah kita bersyukur hari ini?

Mengapa kita perlu bersyukur setiap hari?

Apa yang perlu kita syukurkan?

Ha silalah jawab habaq hang.


Kita mesti bersyukur setiap hari kerana Allah Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan. Apabila bangun sahaja tidur bersyukurlah kita dapat membuka mata dan dapat melihat dunia. Ada yang bangun dan buka mata tapi tidak dapat melihat apa-apa. Ada yang bangun dari tidur tidak dapat bergerak. Ada juga yang tidak bangun-bangun dari tidur. Alhamdullilah syukur kita masih diberi nafas.

Apa lagi yang perlu kita syukurkan? Sekarang isu semasa nya ialah kepanasan di tahap melampau. Mestikah kita syukuri? Ya kita mesti bersyukur kerana apa yang berlaku adalah dengan IzinNya dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti ada rezeki seseorang apabila cuaca begini. Mungkin rezeki si penjual air membantu orang hilangkan haus. Mungkin rezeki orang yang menjual kipas atau penghawa dingin membantu orang mengurangkan kepanasan. Mungkin rezeki orang yang menjual kacamata hitam membantu orang melindungi mata dari silau sinaran mentari.

Tapi hari ini hujan lebat di kawasan Kuala Lumpur. Tiada lagi rungutan cuaca panas tetapi, masih ada yang merungut.
"Hujan lebat habis basah baju"..
"Alaa hujan pulak jem teruk ni mesti lewat ke tempat kerja"..
"Hujan ni semakin lebat pulak naik air nanti teruk lah kawasan rumah aku"...

Nauzubillah. Kita masih belum bersyukur dapat merasa nikmat hujan. Malah kita sedia maklum sewaktu hujan lebat waktu mustajab untuk berdoa. Tuhan beri kita rezeki untuk berdoa namun kita masih merungut tanpa mengucapkan syukur. Nikmat apa lagi yang kita cuba dustakan. Hujan itu rahmat, panas juga rahmat. Semua yang berlaku atas kehendaknya. Belajarlah mensyukuri sesuatu perkara. Sesungguhnya orang yang tahu bersyukur pasti Allah beri lebih nikmat untuknya.

Its All About Value.

- SHIQEEN SATTAR -

9 comments:

Comments system

Disqus Shortname